Kawasan Pentadbiran Tabung Baitulmal Sarawak

Keluasan negeri Sarawak yang hampir menyamai Semenanjung Malaysia merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi dalam pentadbiran TBS.

Oleh yang demikian, selain pusat pentadbiran yang terletak di Kuching, kawasan pentadbiran TBS juga terdapat di semua bahagian di Sarawak kecuali Betong dan Kapit.

Selain itu, TBS juga menyediakan kemudahan penyampaian maklumat yang dikenali sebagai Zakat Information Centre. Ia diwujudkan bagi tujuan memudahkan masyarakat Islam memperolehi maklumat yang diperlukan berhubung kefarduan berzakat dan juga amalan berwakaf.

Pada masa yang sama, dalam memastikan TBS sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan iaitu umat Islam yang datang berurusan dengan TBS, di Ibu Pejabat umpamanya urusan agihan zakat ditempatkan di satu bangunan khas (Wisma Agihan) bagi memudah dan mempercepatkan urusan tersebut.